Cabut Gigi, 👀🌼

Ni nak cerita pengalaman aku cabut gigi. Seumur hidup tak pernah cabut gigi, biasanya cuci gigi je. 

Tapi lepas check and check ada gigi yang kena cabut. Firstly, aku memang takut sangat dengan dentist hahahah wei siapa tak takut kan? 

Nak cabut gigi ni depend pada tempat mana kau pergi. Kalau kerajaan tak silap aku murah jelah tapi kalau swasta, satu batang gigi RM90. 

Aku prefer swasta sebab aku ni memang takut sangat dengan dentist. Kau tau jela kalau pergi kerajaan cemana dorang akan layan kau bila part cabut gigi kan? Kalau swasta ni, kau bayar duit mahal sikit, dia layan kau macam princess princess gitu hahaha 

Bagi aku, doctor yang cabut gigi aku tu nice. Maksudnya dia cabut dengan lembut je, kalau aku sakit sikit dia suruh bagitahu dia. Nanti dia akan slow kan lagi process hahaha 

Ok cerita dia macam ni. Hari yang aku kena cabut gigi tu, aku dah memang tekad taknak pergi pun. Tapi sanggup laki aku dengan mak aku ikut sekali bawa aku pergi klinik gigi 😭 Allahu

Nervous dia bila dah sampai depan klinik tu memang tak boleh nak ungkap lah hahah tapi laki aku dengan mak aku tak putus putus bagi semangat

Lepas 5 minit tunggu. Terus nama aku di panggil masuk bilik. Aku pun jalan jela walaupun kaki ni beratttt sangat hahahah nurse kata masuk bilik nombor dua. Aku pun masuk, and toleh belakang nampak mak dengan laki aku ikot sekali masuk bilik hahahahah adoii punya lah dorang risau aku kawtem dengan doctor taknak cabut

Tapi kalau kerajaan aku tak pasti family boleh masuk ke tak. Tapi kalau pergi swasta, boleh je sebab biliknya pun besau. Aku terus baring atas kerusi patient tu, mak aku duduk kat kerusi customer. Laki aku jangan cakap lah, sepanjang aku cabut gigi tu dia berdiri je kat kaki aku hahahah 

Lepas doktor sembang sembang dengan aku. Dia pun suruh nganga sebab nak enjit letak bius. Enjit kat tangan pun aku redha lagi, tapi enjit tu kat dalam mulut weyyyy!! 😭 Punya lah aku takut haha tapi masa enjit tu tak sakit pun rasa macam kena gigit semut tapi yela takut dah menguasai diri aku kan haha sampai aku nak nafas pun susah. Doctor siap cakap “nafas macam biasa” 

Lepas bius doktor suruh kumur. Mengigil tangan aku pegang cawan, air mata pun nak mengalir haha laki aku daripada berdiri kat kaki aku, terus pergi kat sebelah aku dia urut belakang aku. Katanya “relax relax... tarik nafas” dia cakap sambil gelak pulak tu. Boleh bayang tak aku punya geram cemana dengan dia masa tu hahahah

Lepas tu doktor pun mula process mencabut. Dia suruh aku bukak mulut luas luas, and dia korek korek guna alat dia tapi aku tak rasa la sebab dah kena bius hahaha dalam 5 minit juga dia nak cabut. 

Lepas settle tu kena letak kapas dalam mulut. Every 20 minit kena tukar kapas. And process pun berakhir haha. 

Doctor advice jangan minum panas and suam. Aku kena start minum sejuk sahaja, dan jangan kumur. Then doctor bagi ubat tahan sakit. 

Memang lepas tu aku tak bercakap lah citenya. Sebab lepas bius habis memang sakit gila denyutan tu hahahah aku pun makan bubur je. 

Dah lepas 5 jam. Macam dah ok sikit, laki aku kesian agaknya tengok muka aku yang muram sebab tak dapat makan sodap sodap. Dia bawa aku pergi tengok Misteri Dilaila version 2 hahahaha (itu pun aku yang ajak dia dari semalamnya tapi dia yang taknak) haha tak sangka dia setuju pula bawa aku tengok wayang hahahah 

So itu jelah pengalaman aku cabut gigi. Oh PLEASE, not again. Gais, doakan aku cepat sihat. 

Thanks and much love from me! 😘


#xoxo #lovewithbeautifulheart #🤭

♥ A Lie That Draws A SmiLe ♥ OR ♥ The Truth That Draws A Tear ♥