Shopping Barang Baby, 🌼 

Nak story pengalaman shopping barang baby pula. To those yang bergelar ibu, mungkin faham lah situasi situasi yang aku nak cerita ni tapi to those yang belum bergelar ibu, it’s okay tak salah baca pengalaman pengalaman orang so nanti akan datang senang nak prepare 🤗 

Nurse advice bag baby and bag ibu kena ready masa 30 weeks. So that means before masuk 30 weeks dah kena beli barang, maybe on 28 weeks ke. Tapi depend lah. 

Macam aku, 30 weeks ke atas baru aku pergi beli barang. Mula mula rasa nak beli barang baby kat happikado Citta Mall tapi disebabkan aku mengidam nak makan sizzling yee mee. So husband aku bawa pergi shopping kat Sogo je haha kat foodcourt Sogo ada jual sizzling yee mee, for me sedap lah. 

Lepas settle makan, aku dengan husband pergi bahagian kanak kanak. Listing nak beli apa memang aku dah prepare awal sebab taknak kelam kabut kat situ baru nak fikir, takut ada yang terlupa. 

1st time beli barang baby dengan husband 😂 So much challenging!! Hahahah kat tangan dah ada listing, bila sampai sana terus jadi rambang mata weyyy haha rasa macam nak beli semua, rasa macam tak tahu nak choose yang mana, which one better hahaha padahal sebelum pergi shopping aku dah google habis dah pasal feedback setiap brand which one yang ok. 

So, berjalan lah aku dengan husband satu floor dari hujung sini sampai hujung sana haha

Apa yang aku and husband beli? Sini aku cerita, tapi ringkasan jelah ehh. Barang 1st yang aku cari is bottle. Haha tak tahu lah orang lain, tapi pada aku bottle tu penting. Then only aku start cari baju, mitten & botties, toiletries, napkin, diapers, towel, blanket, detergent, oil & cream for baby, wet tissue, changing mat, baby pin & breastpump. 

For 1st trip itu je yang aku dengan husband beli. Beli yang penting dulu. Tapi kalau engkorang banyak duit, boleh je beli semua sekali gus. Contoh macam car seat baby, tempat mandi baby, stroller, and banyak lagi lah barang baby hahaha and kuantiti pun depend lah pada korang nak beli banyak ke sikit. Aku beli sikit sikit je dulu. Even aku beli sikit pun, total almost 1.5k jugak hahah jangan ingat barang baby mur mur yaaaa 😂 

Ada je yang mur mur tapi depend pada jenama apa korang ambik lah and also kuantiti yang korang ambik. 

Tapi, sangat sangat challenging masa shopping sebab aku dah tak larat nak berjalan lama and berdiri lama. Jadinya elok sebenarnya kalau korang shopping barang baby before 30 weeks. Jadi macam aku, shopping masa dah masuk 30 weeks ke atas, memang ambik masa lama lah cerita dia 😌 Lebih kurang 4 jam juga kat situ haha tak termasuk timing aku makan sizzling tu tauuu hahahaha 

Jadi, itu sahaja lah pengalaman yang aku nak kongsikan. 

Moga semua urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin. 


 #xoxo #lovewithbeautifulheart #🤭

♥ A Lie That Draws A SmiLe ♥ OR ♥ The Truth That Draws A Tear ♥