Learn, and respect each other! 🌼
Kau suka dia. Dia suka kau. Then korang kahwin.
Benda ni simple. Bila dah kahwin, korang dua akan mengenali diri masing masing dengan lebih dalam. Yela masa belum kahwin, kentut pun bau coklat.
Bila dah kahwin. Kau bukan je kahwin dengan dia saja. Tapi kau kahwin dengan family dia sekali which means kau bakal mengenali family dia.
Dari situ kau akan tahu lebih tentang keluarga dia, latar belakang keluarga dia, baik buruk keluarga dia. Begitu juga dia, bakal mengenali semuanya tentang family kau.
Anddddddddd, di situ lah bermulanya pembelajaran baru ya adik adik ~ iaitu menerima seadanya siapa dia dan juga keluarga dia.
Kau kena ingat, mak ayah kau besarkan kau dalam keadaan A, tak bermakna pasangan kau juga dibesarkan dalam keadaan A. Bila dah kahwin, kat situ lah kau kena belajar cara kehidupan orang lain.
Contohnya, mak kau mungkin ajar masa makan kat bawah jangan duduk bersila. Tapi mak dia pula ajar masa makan kat bawah duduk bersila. So kat sini lah kau kena belajar tentang culture orang lain. Learn something new. It’s ok, jangan nak berdebat ke apa dengan apa sebab mak kau ajar lain. It’s a little things we called “hormat”. So, belajar untuk hormat culture orang lain. Get it?
Nak taknak, kau KENA terima seadanya. Jangan paksa diri, tapi kau kena belajar dan terima sesuatu tu.
Bagi aku, tak susah pun semua ni. Sebab apa? Sebab kau sayangkan pasangan kau, dan atas dasar kasih dan sayang tu lah, kau akan belajar benda baru dalam kehidupan dia sekeluarga, dan terima seadanya siapa dia. Simple, kan?
Begitu juga dia. Suka atau tak suka, atas dasar kasih dan sayang engkorang yang bercinta bagai nak rak sebelum kahwin tu, automatically korang akan belajar benda baru dan terima sesuatu perkara tu dengan hati yang terbuka.
Unless! Kalau dia jenis taknak dan tak suka tentang keluarga kau. Kau kena letak effort sikit lah untuk itu. Sebabnya, dia mesti jenis tak reti hormat orang lain 😂
Simple, choose your wife/husband wisely! Yang penting terus bersabar tak kira apa jua ringangan. Sikit sikit kita usaha ke arah kebaikan.
Ok guys? Ni aku bagi tips untuk those yang jenis tak rapat dengan family pasangan sebelum kahwin. Kalau engkorang dah memang jenis dah kenal & rapat dengan family pasangan korang siap boleh tepuk tampar, kiss pipi, rokok sekaki, joget lambak, karaoke dengan mak/pak mertua hang tu lain kes lah yer 😂
#xoxo#lovewithbeautifulheart #🤭