7 hours in Labour Room 🌼🌺 

4 Dec 2019 - 8 malam 

Perut aku dah start mengeras 10 minit sekali. Inform husband suruh ready sebab kalau Kalau aku rasa tak tahan terus pergi hospital. Husband pun ready lah barang, kunci kereta and all. 

4 Dec 2019 - 11.30 malam 

Aku dah start rasa perut mengeras 5 minit sekali. Tak sakit sangat tapi aku tak selesa nak bernafas. So aku and husband terus otw pergi hospital. Masa otw tu sempat singgah Mcd Brp beli Prosperety Burger 🀣 Sempat k melantak dulu dalam kereta. 

5 Dec 2019 - 12 malam 

Arrived kat hospital and daftar kat Dewan Bersalin. Then lepas tu aku masuk bilik tu sebab husband tak boleh masuk. Kalau korang baca previous entry aku, korang tahu lah cemana situasi and procedure kat hospital tu. Aku cuma masuk bawa handbag dengan hp jer. Situ lah last jumpa husband πŸ˜• hahahah eceh ngadeee. 

Then husband tunggu jela kat luar tu. Aku dah masuk dalam. Dari pukul 12 pagi tu, sampai ke pukul 2 pagi aku kena tunggu turn untuk check perut mengeras aku. Tension juga sebab aku yang sampai awal pun tak di layan tapi dorang pergi assist patient yang datang selepas aku sebab orang tu dah nampak macam teruk. Aku ni pun rasa dah tak tahan sebenarnya tapi sabor jelah. 

Dalam pukul 2 pagi tu baru doktor panggil aku buat scan and VE (check bukaan) - Lepas scan scan doktor kata everything was fine. Then dia check bukaan dah 2cm. Aku macam terkejut sebab aku takda turun tanda darah ke, air ketumban ke. 

Masa ni lah doktor tanya aku nak ceaser ke normal. Aku minta advice doktor sebab dia lagi berpengalaman kan haha and doktor suggest aku bersalin normal sebab baby dia scan 2.7 jer. Dia bagitahu lagi setiap 1 jam akan buka 1cm and dia tak suggest ceaser sebab dia kata aku boleh normal. So aku pun ikut lah cakap doktor. 

Dalam pukul 3 pagi nurse panggil aku nak buat CTG. Masa ni aku dah start sakit sangat dah haha then nurse check VE aku masih 2cm. Pasal VE ni aku tak tahu lah nak cakap apa haha tapi betul lah rata rata orang cakap kalau buat VE ni sakit hahah memang sakit kalau depa dah start kerap buat hahah lepas 10 minit tu air ketumban aku pecah. Lepas air ketumban pecah, sakitnya jadi double 😩 Aku cuba tahan tahan dan tahan. 

Around 4 pagi pula, dalam keadaan sakit sangat tu aku whatsapp husband remind dia inform family yang aku bila bila masa je nak bersalin. Itu lah last whatsapp aku dengan husband masa tu sebelum aku bersalin. 

Then pukul 4 pagi tu aku kena tolak masuk labour room. Masa ni aku sakit sangat sangat dan sangat haha contruction makin kuat. Sampaikan aku cakap kat nurse “saya nak suami saya” lepas tu nurse cakap bukaan 4cm baru kita panggil suami puan. Then aku terus mengerang kesakitan. Nurse check CTG every hours aku punya bacaan memang tinggi gila. Dari pukul 4 sampai pukul 8 pagi memang husband aku tak tahu apa apa pasal aku. Sebab aku tak dapat tengok hp dah, dok melayan construction. 

Husband cerita kat aku masa last dia dapat whatsapp aku pukul 4 tu. Dia dah risau sebabnya dia balas whatsapp aku tapi aku tak reply reply sampai sudah hahah then dia tanya nurse kat depan apa keadaan aku. Nurse cakap aku baru bukak 3cm. So nak taknak kena tunggu jelah. 

Tak lama tu dalam pukul 8 nurse panggil suami aku untuk masuk labour room. And finally ! Aku jumpa husband aku masa tu bacaan baru 4cm 😭 tapi legaaaa sebab dia dah ada sebelah aku hahahah aku dah mamai mamai dah masa tu tapi aku still nampak dia ada kat sebelah aku. Sampai sampai aku nampak muka dia risau haha then dia macam panik dia cakap kat aku dia pening nak pitam. Aku yang tengah contruction, dia plak yang nak pitam πŸ˜‚ hahah katanya terkejut tengok keadaan aku masa tu.

Then sepanjang dalam labour room tu husband teman aku. Nak cerita kesakitan dia, tak terkata. Yang pasti lain orang lain pengalaman. Bertarung nyawa lah aku dalam labour room tu bertemankan husband 😊 

Around 11 pagi. Keluar lah seketui baby 😁 15 minit juga process meneran haha and yes part meneran memang tak sakit pun uolls. Yang sakit adalah construction and masa jahit !! 😩 Allah jela yang tahu macam mana perasaan aku masa tu hahah pengalaman baru dalam hidup. ♥️ Part dia korek darah beku pun mak aii hahah kena istighfar banyak banyak haha. 

Masa construction. Badan husband aku pun terasa 2% dari construction haha sebab setiap kali construction datang, aku tarik tangan dia genggam guna kuku wow hahahah luka luka tangan dengan badan husband haha tapi dia kata takpa, itu pengorbanan kita nak lahirkan puteri sulung kita 😊

Dah selesai tu nurse letak kat atas dada aku sekejap and dia tanya “puan nampak tak baby apa” aku jawab “baby girl” jawab dalam keadaan lemah sangat hahah tapi perasaan bila nampak baby tu sukar juga untuk digambarkan. Indahnya. 

Kata doktor scan 2.7kg. Sekali dia keluar 3.2kg daaaaaa. Haha koyak banyak mummy dia πŸ˜‚ tapi takpa, anything for you my little princess! 

Alhamdulillah. Itu lah pengalaman aku melahirkan si kecil 😘  7 jam bertarung nyawa dalam labour room, Alhamdulillah. Pengalaman terindah 😍😘


 #xoxo#lovewithbeautifulheart #🀭

♥ A Lie That Draws A SmiLe ♥ OR ♥ The Truth That Draws A Tear ♥