Dugaan lepas bersalin 🌼🌚

Aku discharge dari hospital 6th Dec, Tapi aku discharge dengan CBD (tiub kencing) disebabkan lepas bersalin aku tak boleh nak kencing, doktor suruh bawa balik CBD and continue checkup a week after. 

So next checkup aku 13th Dec. Imagine eh, aku balik rumah berpantang dengan CBD haha. For those yang tahu pasal CBD mesti korang tahu betapa tak selesanya pakai benda tu and lagi lagi masa tengah pantang. Aku bersalin normal, so luka nak kena jaga tapi stuck dengan CBD. Hanya Allah yang tahu betapa struggle-nya aku. 

Ok aku bersalin normal, tapi ada gunting and koyak banyak sampai bahagian belakang. Lepas tu package sekali dengan buasir sebab terlalu meneran dalam labour room masa construction. 

Imagine nak kena menyusu anak tu cemana sebab aku takleh duduk proper. Lepas tu kena bawa CBD tu ke hulur ke hilir. Check jaundice anak kat KK dengan bawa CBD lagi hahaha. Dugaan. 

Aku berpantang kat rumah mak aku. So seminggu tu berusaha lah macam macam supaya aku boleh kencing balik. Minum air barli, berurut, dan banyak lagi lah. 

13th Dec, pergi balik hospital untuk checkup. Doktor off CBD and suruh aku kencing sendiri. Try lah minum air masak 500ml and 1 liter. Lepas tu tunggu 1 jam and pergi toilet still tak boleh kencing. Kencing tu taknak keluar. Menangis lah juga aku dalam toilet tu. 

Then doktor suruh continue lagi seminggu pakai CBD and kali ni buat exercise Bladder Test 4 hours clamping. Kalau korang tak faham, google lah eh 

Then satu minggu lagi aku usaha and struggle macam macam. Allah je tahu perasaan aku masa tu. Perasaan husband and family pun sama, dorang sedih tengok keadaan aku macam tu.

19th Dec, supposed next checkup on 20th Dec, tapi masa hari khamis tu pagi aku sembelit lepas tu buasir makin teruk. Husband tengok keadaan aku dia terus suruh siap pergi Hospital. Aku dah macam nak pitam tak boleh jalan and lemah sangat. 

Disebabkan Hospital Kerajaan ramai orang. Aku and husband pergi KPJ Selangor kat Shah Alam. Lagi pun dulu dulu record kesihatan aku memang kat KPJ situ pun. Doktor check dia kata luka jahitan aku ada infection, and yes buasir aku teruk, demam aku 38.6, lepas tu dengan CBD lagi bawa ke sana sini. Doktor advice dia buat surat refer ke Hosp Sg Buloh balik sebab jahitan aku ada infection and dia taknak ganggu CBD tu. Sambil tu, dia bagi aku panadol and injection painkiller kat punggung sebab aku dah memang sakit sangat sangat. Sakit perut nak berak tapi sembelit lepas tu nak teran sakit buasir. 

Lepas settle kat KPJ dalam 2 hours macam tu. Aku and husband terus pergi Hosp Sg Buloh. Maka kena warded lah aku sebab banyak sangat penyakit haha. 

Bila dah warded kat Hosp Sg Buloh, memang banyak lah ubat kena makan tapi yang pasti Alhamdulillah hari ke-17 aku dah boleh off CBD and tak payah pakai dah. Syukur sangat Ya Allah ♥️

Hari ke-18 aku dah boleh discharge. Discharge dengan ubat ubat lah. Haha berpantang dengan ubat lew nampak gayanyaaaa πŸ˜‚

Pasal berpantang nanti aku post next entry! 


 #xoxo#lovewithbeautifulheart #🀭


♥ A Lie That Draws A SmiLe ♥ OR ♥ The Truth That Draws A Tear ♥